Nest Assessment

Perjalanan untuk memperkasa perniagaan anda bermula di sini!

Anda kini antara 500 pemohon layak yang pertama bagi Program NCER Entrepreneur Sustainable Transformation (NEST). Tahniah! Sebagai pemilik perniagaan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), anda berpeluang untuk mendapatkan sokongan menyeluruh dan bimbingan berharga bagi memperkasa perniagaan anda dan menjadikannya sebagai sebuah kisah kejayaan.

DI MANAKAH ANDA DALAM PERJALANAN INI?

INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PENILAIAN INI?

NEST BERSEDIA UNTUK MEMUPUK

TRANSFORMASI PERNIAGAAN ANDA

Setelah berjaya melengkapkan penilaian, cabaran business pitching BizNEST dan lawatan tapak JelajahNEST, 200 syarikat peserta akan menikmati sokongan perniagaan meluas sepanjang tempoh 3 tahun.

Strategi Pertumbuhan

Pelaksanaan Company Individual Development Plan (CIDP) bersama dengan pakar penasihat perniagaan.

Pertumbuhan & Pengembangan Perniagaan

Penyertaan ekspo dan pameran perdagangan tempatan dan antarabangsa dengan pemadanan perniagaan.

Penjenamaan

Pembangunan strategi pemasaran penuh bersama dengan panduan penjenamaan dan sokongan pemasaran digital.

Penerimaan Teknologi

Memastikan perniagaan anda sentiasa bersedia dalam era digital dengan pengambilan IR4 dan penetapan pasaran dalam talian.

Bimbingan & Mentor Perniagaan

Belajar daripada mentor dan jurulatih pakar untuk meningkatkan strategi pertumbuhan anda bersama dengan peluang rangkaian.

Akreditasi

Akses kepada kursus dan latihan untuk menerima pensijilan produk atau peribadi yang relevan.

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MELONJAKKAN PERNIAGAAN ANDA KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI?