Penilaian NEST akan merangkumi 5 parameter utama untuk menentukan kelayakan bagi menyertai program ini.
02 Apakah tujuan penilaian ini?
Penilaian ini penting kerana kami ingin menyenaraikan hanya syarikat-syarikat yang mempunyai potensi tinggi yang kami rasa dapat bertahan sepanjang tempoh program NEST selama 3 tahun.
03 Berapa lamakah penilaian ini?
Penilaian ini dibahagikan kepada lima bahagian utama dan akan mengambil masa kira-kira 90 minit untuk diselesaikan. 90 minit yang berharga ini adalah kritikal untuk memastikan anda beralih ke peringkat seterusnya dan berpotensi meningkatkan perniagaan anda ke tahap seterusnya.
04 Bagaimanakah untuk saya memulakan penilaian ini?
Setelah anda log masuk dengan kod unik anda dan bersetuju untuk memulakan penilaian, anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan lima bahagian penilaian. Berikut ialah beberapa tip untuk memastikan anda melengkapkan penilaian dengan betul:
Anda boleh klik mana-mana bahagian untuk memulakan kerana anda tidak perlu mengikut susunan seperti yang dipaparkan. Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki untuk menyelesaikan satu bahagian setelah anda memulakannya.
Setelah klik satu bahagian, jam kiraan akan bermula dan anda mesti menyelesaikan bahagian tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pastikan untuk klik butang hantar di setiap bahagian setelah menjawab semua soalan.
Anda hanya boleh beralih ke bahagian seterusnya setelah anda menyelesaikan bahagian semasa. Sentiasa beringat yang kegagalan untuk menyerahkan bahagian tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menyebabkan keseluruhan penilaian anda menjadi tidak sah.
Anda boleh menyelesaikan kesemua lima bahagian sekali gus atau satu bahagian pada satu masa. Anda dibenarkan tempoh masa maksimum selama 5 hari untuk menyelesaikan kesemua lima bahagian mengikut kesesuaian anda, hanya log masuk semula dengan kod unik anda untuk kembali ke halaman penilaian.
Setelah anda menyelesaikan kesemua lima bahagian, sila teruskan dengan klik butang hantar yang utama. Tindakan ini dianggap sebagai penyerahan akhir penilaian anda.
05 Siapakah yang sepatutnya mengambil penilaian ini?
Idealnya, kami mengesyorkan agar pemilik perniagaan yang berdaftar mengambil penilaian ini. Ini kerana program NEST ditujukan untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pemilik perniagaan.
06 Bagaimanakah saya akan tahu jika saya lulus penilaian?
Anda akan menerima notifikasi keputusan penilaian melalui e-mel dalam tempoh 2 hingga 4 minggu setelah
penilaian selesai.
07 Bolehkah saya mengulangi penilaian?
Harap maklum, kami hanya membenarkan satu percubaan untuk menyelesaikan penilaian kerana kami percaya jawapan pertama yang anda berikan biasanya merupakan jawapan terbaik. Setiap bahagian yang anda selesaikan dianggap muktamad sebaik sahaja anda menyerahkannya. Sila pastikan anda menjawab semua soalan sebaik mungkin sebelum penyerahan.
08 Adakah terdapat had masa untuk penilaian?
Ya. Jam pengiraan detik (countdown) akan dipaparkan dalam setiap lima bahagian ketika anda memulakan
penilaian. Sentiasa beringat untuk berwaspada dengan baki masa.
09 Bolehkah saya memulakan penilaian ini di telefon bimbit saya?
Kami menyarankan agar anda menjalankan penilaian ini di komputer atau laptop dalam mod incognito untuk navigasi dan penyerahan yang mudah. Kami tidak menggalakkan anda menggunakan telefon bimbit untuk mengelakkan isu teknikal.
10 Apakah BizNEST?
BizNEST ialah sesi pembentangan rancangan perniagaan (business plan pitching) di mana anda akan dapat mempamerkan keupayaan, komitmen dan strategi anda kepada panel hakim yang bereputasi. Kami akan menjemput peserta terpilih yang telah berjaya menyelesaikan penilaian untuk menyertai sesi BizNEST.
11 Apakah JelajahNEST?
JelajahNEST merupakan lawatan tapak yang dijadualkan ke premis perniagaan anda oleh panel hakim kami untuk meninjau operasi perniagaan anda dan menilai potensi pertumbuhannya. Jadual lawatan tapak akan dimaklumkan melalui e-mel bagi mereka yang berjaya menyelesaikan sesi BizNEST.
BANTUAN TEKNIKAL PORTAL PENILAIAN NEST
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan penilaian atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Pasukan Teknikal Penilaian NEST. Sila huraikan masalah anda dengan seberapa banyak butiran yang mungkin untuk bantuan segera.
Sila sertakan ID NEST anda, nombor telefon dan tangkap layar (screenshot) yang relevan (jika ada) dalam mesej anda. Respon akan diberikan dalam tempoh masa 24jam. Terima kasih kerana memahami.